Kaedah
Penulisan Rasm Usmani
Dalam
Mushaf Usmani ia mempunyai kaedah-kaedah yang digunakan di dalam Al-Quran Rasm
Usmani.Jadual tersebut menunjukkan analisis secara ringkas kaedah yang
digunakan di dalam Rasm Usmani :
|
Bil
|
Kaedah
|
Keterangan
|
Contoh
|
|
1)
|
Hazaf
|
Hazaf ialah membuang atau
mengurangkan sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu.Dalam Rasm
Uthmani,huruf-huruf yang tidak ditulis tetapi wajib dibaca sama ada ketika
wasal atau waqaf.Hazaf terbahagi kepada 3 bahagian iaitu hazaf isyarat,hazaf ikhtisar
dan hazaf iqtisar.Ada enam huruf yang dibuang mengikut Rasm Uthmani iaitu ا,و,ي,ل,ن.
1)Hazaf Alif
2)Hazaf Waw
3)Hazaf Ya
4)Hazaf Lam
5)Hazaf Nun
|
1) العالمين=
العلمين
2) يلوون=
يلوون
3) النبيين=
النبيـــن
4) اللذي=
الَّذي
5)
لا تأمننا= لا تأمنا
|
|
2)
|
Ziyadah
|
Ziyadah ialah menambah atau
mengekalkan sesuatu huruf yang tidak berfungsi atau tidak dibaca ketika wasal
atau waqaf pada sesuatu kalimah.Ada tiga huruf yang ditambah iaitu huruf ا,و dan ي
1)Ziyadah Alif
2)Ziyadah Waw
3) Ziyadah Ya
|
1) واتقو
الله= واتقوا الله
2) ألئك=
أوْلئك
3) افائن=
أفإيـن
|
|
3)
|
Hamzah
|
Huruf-huruf hamzah di dalam al-quran
terletak sama ada di permulaan,pertengahan atau di hujung kalimah.Hamzah
terbahagi kepada 2 iaitu hamzah wasal dan hamzah qata’
|
1) Hamzah Qata’
1) امر=
أمر
2) قرآنا=
قرءَانا
3)قرأ
2)Hamzah Wasal
1)ابن
2)امرأة
|
|
4)
|
Ibdal
|
Ibdal ialah menukarkan sesuatu huruf
itu kepada huruf yang lain. Dalam penulisan Rasm Uthmani kaedah ini terbahagi
kepada lima bahagian iaitu ibdal alif kepada waw,ibdal alif kepada ya,ibdal
nun kepada alif dan ibdal ta marbutah kepada ta maftuhah
1)ibdal alif kepada waw
2)ibdal alif kepada ya
3)ibdal nun kepada alif
4)ibdal ta marbutah kepada ta
maftuhah
|
1)الصلوة
= الصلاة
2) يحيى
= يحيا
3) لنفسعن= لنسفعا ً
4)رحمة
الله=رحمت الله
|
|
5)
|
Al-wasl dan Al-fasl
|
Al-wasl wa al-fasl ialah kaedah
menyambung dan memisahkan tulisan pada huruf-huruf atau kalimah-kalimah yang
tertentu.
Al-wasl ialah menyambung sesuatu
perkaatan manakala Al-fasl ialah memisahkan sesuatu perkataan.
|
1)Al-wasl : إنما
Al-fasl : إن ما
2)Al-wasl : ألا
Al-fasl : أن لا
3)Al-wasl : عما
Al-fasl : عن ما
4)Al-wasl : إما
Al-fasl : إن
ما
|
|
6)
|
Qiraat dua wajah
|
Qiraat dua wajah ialah
perkataan yang mempunyai beberapa kaedah bacaan berdasarkan qiraat yang
tertentu.
Ia terbahagi kepada 3
bahagian iaitu
1. satu rasm
memadai untuk beberapa bacaan
2. dikhususkan
satu rasm walaupun terdapat beberapa bacaan
3. rasm yang
ditulis mengikut wajah qiraat
|
1)هيت
Terdapat empat wajah bacaan
2)صرط
3)وسارع
“Waw” ditulis pada
Mushaf Al-Makki dan Iraqi tetapi tidak ditullis pada Mushaf Al-Madani
|
No comments:
Post a Comment